Friday, March 13, 2009

Khir Toyo dan Jawatan Pemuda UMNO


Perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO menjadi semakin hangat dan menarik. Tiga pemimpin muda UMNO yang menjadi calon jawatan tersebut iaitu Dato’ Seri Mohd Khir Toyo, Khairy Jamaluddin dan Mukhriz Mahathir sedang berusaha keras untuk menawan hati kira-kira 600 perwakilan pemuda UMNO dalam perhimpunan agung UMNO yang bakal berlangsung hujung bulan Mac nanti. Pelbagai bentuk dan pendekatan yang diambil oleh ketiga-tiga calon. Selain perjumpaan dan interaksi langsung dengan perwakilan, mereka juga muncul di khalayak ramai untuk menunjukkan kehebatan, kebolehan, kewibawaan, keberanian dan keperwiraan masing-masing.


Ketika meletusnya pergolakan politik di negeri Perak baru-baru ini, ada yang sanggup turun ke Ipoh mengepalai demontrasi anti Pakatan yang kononnya disifatkan sebagai derhaka ataupun ke Penang membuat laporan polis terhadap Karpal Singh yang dianggap menghina institusi diraja. Umum mengetahui bahawa tindakan tersebut hanyalah merupakan helah ataupun taktik pemimpin berkenaan untuk menunjukkan belang keberanian sahaja. Seolah-olah dialah hero yang sanggup berjuang membela orang melayu, dialah jaguh yang sanggup mati mempertahankan institusi diraja. Jika hendak dikira apa kena mengena aksi dan tindakan itu dengan pertandingan ketua pemuda. Tapi kerana nak tunjuk hebat terpaksa dibuat kalau tidak nanti perwakilan tidak merasakan ketua mereka hebat pula.


Lupakah mereka bahawa parti yang bernama UMNOlah yang sebelum ini telah menginjak-injak pihak istana dan institusi diraja sesuka hati mereka? Lupakah mereka tentang gelaran ‘Natang’ yang diberikan kepada Sultan Terengganu oleh penyokong-penyokong Idris Jusoh ketika berdemontrasi membantah perlantikan menteri besar pada tahun 2008? Apakah UMNO lupa dalam hal ini bahawa Mahathir juga boleh disifatkan sebagai tidak menghormati isntisui raja-raja dengan apa yang dilakukan pada tahun 1990-an dulu. Peristiwa dan senario pindaan perlembagaan bagi mengurangkan imuniti dan kuasa raja menceritakan segala-gala siapa UMNO dan apakah sikapnya ketika itu lebih baik dari Karpal hari ini. Tembelang dan kemuliaan raja-raja Melayu yang terpelihara selama ini terburai seluas-luasnya angkara Mahathir. Jadi kalau menyebut soal menderhaka kepada raja-raja, juaranya ialah Mahathir.


Berbalik kepada perebuta jawatan Ketua Pemuda UMNO, selain itu ketiga-tiga calon juga membuat kenyataan akhbar dan membentangkan agenda dan misi masing-masing. Perdebatan dalam racangan hujah di TV9 adalah satu kesempatan yang cukup baik bagi mereka menunjukkan kebolehan dan kecekapan berfikir. Dalam racangan itu, Mohamad Khir Toyo dilihat hebat dan menguasai majlis berkenaan dengan idea Islamnya. Sekurang-kurangnya Khir nampak warak berbanding dengan dua lagi calon.


Secara keseluruhannya prinsip, keyakinan dan idea mereka berhubung Umno tidak banyak perbezaan. Mereka adalah anak-anak Umno sejati! Isu-isu yang dikemukakan juga tidak ada yang baru. Sudah kerap mereka melontarkan pandangan dan gagasan mereka berhubung isu-isu itu. Begitu janji untuk dilakukan jika jadi ketua pemuda pernah didendangkan oleh calon-calonnya lama sebelum ini. Mungkin itulah juga yang menjadi modal dan bahan kempen mereka untuk menjawat jawatan ketua pemuda Umno.


Ketiga-tiga calon itu juga kini selesa dan masing-masing ada keyakinan tersendiri. Berpandukan kepada laporan rawak masing-masing menguasai antara satu sama lain. Dari kajian dilakukan kakitangan akademik Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan teamnya, Khairy Jamaluddin mendahului Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir. Manakala kajian rawak media massa pula meletakkan Khir sebagai calon popular.


Mukhriz dipilih oleh kajian bersistemetik Merdeka Centre (MC). MC meletakkan Muhkriz ditempat pertama dengan mendapat lebih 50 peratus berbanding dengan Khiry dan Khir yang mendapat peratus sama di bawah 20 peratus.

Kelebihan kepada Mukhriz itu mungkin disebabkan koresponden yang ditemui MC adalah kalangan muda dan rakyat biasa yang lebih terikut dengan sentimen yang dimainkan Mahathir Mohamad!


Berasaskan kepada indikator itu ketiga-tiga mereka saling bersaingan antara satu sama lain dan masaing-masing mempunyai modal atau asas bagi menyakinkan diri sendiri dan juga perwakilan lain. Mereka juga saya percaya akan memerah darah di badan masing-masing sehingga kering demi menggapai kemenangan.

Bagaimana pun keselesaan Khir yang diperolehi Khir menerusi ramalan rawak media merudum secara mendadak sehari dua ini apabila berbagai skandal, penyelewengan, penyalah gunaan kuasa yang didakwa dilakukan olehnya didedah di sidang DUN Selangor.


Khir sudah melakukan kesilapan besar bila beliau menyerang Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim. Serangan terhadap Khalid berhubung isu-isu pemberian lembu korban, penggunakan kereta sendiri untuk menjalankan urusan kerajaan tidak relevan dan bukan isu sebenarnya kalaupun Khir berniat hendak merampas balik kerusi Selangor.


Isu-isu itu adalah isu bersifat peribadi lagi pun ia bukan isu yang memudaratkan kedudukan negeri Selangor. Apa dilakukan Khalid seperti memberi lembu korban, menggunakan kereta Lexus bukan mejejaskan kewangan negeri dan menyusahkan rakyat. Ia bukan satu penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa dalam erti kata sebenarnya.


Sidang DUN Selangor semalam telah menambah dan mendedahkan lagi beberapa masalah atau penyakit kepada Khir. Adun Hulu Kelang, Shaari Sungip mempersoalkan bagaimana isteri Khir, Zaharah Kecil boleh menggunapakai kereta Renge Rover bernilai RM500,000.


Kereta itu katanya milik Kumpulan Darul Ehsan Sdn. Bhd. Apakah keistimewaan dan kelayakan Zaharah untuk mendapat kemudahan itu. Pastinya perbelanjaan minyak dan nilai kereta itu sendiri lebih mahal daripada harga lembu korban yang dihantar Khalid ke Bandar Tun Razak?
Sidang DUN juga turut menyebut soal pembelian jam mahal bernilai RM150,000.


Pendeknya semuanya menyerabutkan Khir. Yang tentunya pendedahan bukan berhenti setakat itu sahaja. Agen-agen kempen Mukhriz dan Khairy pasti akan menokok tambahnya selain daripada terus mencari maklumat terbaru mengenai Khir Toyo. Dan apakah apabila Khir mendakwa ada usaha mensebotajnya untuk menangi jawatan ketua pemuda itu ia adalah satu helah awal Khir bahawa peluangnya kini sudah nipis?

Thursday, March 12, 2009

KERAGUAN DALAM PENYIASATAN DAN PERBICARAAN ALTANTUYA


Baru-baru ini, tertuduh ketiga kes pembunuhan Altantuya, Abdul Razak Baginda dibebaskan dari tuduhan membunuh oleh hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dato’ Zaki. Bagi pemerhati-pemerhati politik di Malaysia, pembebasan Abdul Razak yang sudah diketahui umum merupakan ‘rakan karib’ kepada bakal perdana menteri Malaysia yang keenam, YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak, bukanlah merupakan satu berita yang mengejutkan. Malah ramai yang telah menjangkakan perkara ini akan berlaku. Hal ini berdasarkan begitu banyak ‘perkara pelik dan luar biasa’ yang berlaku sebelum dan sepanjang proses perbicaraan kes ini yang memakan masa lebih 100 hari, antara kes perbicaraan yang terpanjang setakat ini yang pernah berlaku di negara ini.

1. Pertukaran hakim- Datuk K.N Segara diganti oleh Mohd Zaki Mat Yasin

Adalah dikhuatiri tanda-tanda perkembangan yang luarbiasa timbul di dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya telah pun timbul pada Mac 9 apabila perbicaraan itu secara tiba-tiba diambil daripada Hakim K.N. Segara dengan alasan penjadualan semula kes-kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan salah satu daripada pihak tertuduh telah memohon untuk perbicaraan awal. Sekiranya benar pun kes ini hendak dibawa kehadapan, tidak ada alasan kukuh untuk memindahkan kes ini dari Hakim Segara kepada hakim yang lain. Perpindahan kes ini, untuk mematuhi prinsip-prinsip kebebasan kehakiman, seharusnya timbul daripada hakim yang mengadili kes tersebut sendiri yang jelas sekali tidak berlaku di dalam kes ini.

2. Pertukaran ‘team’ pendakwaraya

Apa yang memeranjatkan adalah keseluruhan pihak pendakwaan yang mengendalikan kes ini dirombak sebelum perbicaraan bermula. Tun Majid Tun Hamzah dilantik sebagai ketua pendakwaraya. Lebih penting lagi, mengapakah Ketua Bahagian Sivil, Tun Majid Tun Hamzah yang mempunyai banyak tanggungjawab di sana, mengendalikan kes ini? Mengapakah Peguam Negara mengenepikan keseluruhan Bahagian Jenayah yang diketuai Datuk Yusof Zainal Abidin? Adakah wujud konflik dalaman berkaitan kes ini?

3. Penarikan diri salah seorang peguam tertuduh, Zulkifli Nordin yang mewakili inspektor hazilah

Juga yang menjadi kekhuatiran ialah dakwaan bekas peguambela Zulkifli Nordin yang mewakili Inspektor Azilah (salah satu pihak tertuduh) bahawa beliau mendapat tekanan dari "campurtangan pihak ketiga" untuk menarik diri. Ini tuduhan yang teramat serius dan mestilah disiasat secara serius dan segera oleh Peguam Negara.

4. Pihak pendakwaraya dan peguambela seolah-olah berkerjasama!

Penyiasat persendirian Razak Baginda, P Balasubramaniam pernah membuat akuan bersumpah yang menyatakan Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak pernah menjalinkan hubungan dengan Altantuya dan beliau juga meminta Razak Baginda supaya ‘menjaga’ Altantuya untuk mengelakkan perkara ini diketahui umum memandangkan beliau merupakan timbalan perdana menteri. Sehubungan dengan itu, peguam pemerhati yang mewakili pihak kedutaan Monggolia, Karpal Singh mengemukakan cadangan supaya memanggil YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menjadi saksi perbicaraan. Namun, apa yang menjadi luar biasanya adalah pihak pendakwaraya dan juga pihak pembelaan membantah dengan sekeras-kerasnya cadangan tersebut seolah-olah mereka ‘berkerjasama’ untuk melindungi individu-individu tertentu yang berprofil tinggi ke dalam kes ini. Kerjasama sebegini di antara pihak pendakwaan dan pembelaan amat jarang berlaku di mana-mana mahkamah di dunia sekalipun. Hal ini menguatkan lagi persepsi di kalangan masyarakat bahawa terdapat ‘individu yang amat berpengaruh’ di belakang tabir kes pembunuhan ini. Selain itu, ia juga turut mencemarkan imej sistem kehakiman negara di mata dunia.

5. Full cover

Namun pernahkah kita bertanya? setelah beberapa bulan perbicaraan satu gambar kecilpun dua bekas pengawal Najib ini iaitu Azilah dan Sirul tidak pernah disiarkan media, samada Akhbar media cetak dan semua saluran Tv di Malaysia. Nampaknya dua pengawal Najib ini mendapat keistimewaan dari sistem kehakiman dan pentadbiran negara. Mungkin kerana jasa mereka kepada Rosmahh..Opss Najib.

6. Pihak pendakwaraya enggan membuat rayuan di mahkamah rayuan

Keputusan tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan Razak Baginda adalah satu kebodohan di tahap atau peringkat yang paling tinggi (stupidity of the highest order). Dari segi perundangan Pendakwa Raya mempunyai peluang untuk merayu sebanyak dua kali. Pertamanya merayu ke Mahkamah Rayuan dan sekiranya masih kalah di Mahkamah Rayuan ia boleh merayu ke Mahkamah Persekutuan. Mengapa Pendakwa Raya mensia-siakan kedua-dua peluang ini masih menjadi persoalan.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh pihak kerajaan melalui Peguam Negara, untuk tidak merayu tidak boleh diterima oleh rakyat. Kes pembunuhan Altantuya bukan kes pembunuhan biasa. Ia bukan sahaja melibatkan pembunuhan warga asing malahan cara simati dibunuh suatu yang amat mengerikan dan mengaibkan nama dan reputasi negara. Penggunaan bom C4 menunjukkan terdapat elemen penyembunyian ataupun pemusnahan keterangan.

Post by nua