Thursday, March 12, 2009

KERAGUAN DALAM PENYIASATAN DAN PERBICARAAN ALTANTUYA


Baru-baru ini, tertuduh ketiga kes pembunuhan Altantuya, Abdul Razak Baginda dibebaskan dari tuduhan membunuh oleh hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dato’ Zaki. Bagi pemerhati-pemerhati politik di Malaysia, pembebasan Abdul Razak yang sudah diketahui umum merupakan ‘rakan karib’ kepada bakal perdana menteri Malaysia yang keenam, YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak, bukanlah merupakan satu berita yang mengejutkan. Malah ramai yang telah menjangkakan perkara ini akan berlaku. Hal ini berdasarkan begitu banyak ‘perkara pelik dan luar biasa’ yang berlaku sebelum dan sepanjang proses perbicaraan kes ini yang memakan masa lebih 100 hari, antara kes perbicaraan yang terpanjang setakat ini yang pernah berlaku di negara ini.

1. Pertukaran hakim- Datuk K.N Segara diganti oleh Mohd Zaki Mat Yasin

Adalah dikhuatiri tanda-tanda perkembangan yang luarbiasa timbul di dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya telah pun timbul pada Mac 9 apabila perbicaraan itu secara tiba-tiba diambil daripada Hakim K.N. Segara dengan alasan penjadualan semula kes-kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan salah satu daripada pihak tertuduh telah memohon untuk perbicaraan awal. Sekiranya benar pun kes ini hendak dibawa kehadapan, tidak ada alasan kukuh untuk memindahkan kes ini dari Hakim Segara kepada hakim yang lain. Perpindahan kes ini, untuk mematuhi prinsip-prinsip kebebasan kehakiman, seharusnya timbul daripada hakim yang mengadili kes tersebut sendiri yang jelas sekali tidak berlaku di dalam kes ini.

2. Pertukaran ‘team’ pendakwaraya

Apa yang memeranjatkan adalah keseluruhan pihak pendakwaan yang mengendalikan kes ini dirombak sebelum perbicaraan bermula. Tun Majid Tun Hamzah dilantik sebagai ketua pendakwaraya. Lebih penting lagi, mengapakah Ketua Bahagian Sivil, Tun Majid Tun Hamzah yang mempunyai banyak tanggungjawab di sana, mengendalikan kes ini? Mengapakah Peguam Negara mengenepikan keseluruhan Bahagian Jenayah yang diketuai Datuk Yusof Zainal Abidin? Adakah wujud konflik dalaman berkaitan kes ini?

3. Penarikan diri salah seorang peguam tertuduh, Zulkifli Nordin yang mewakili inspektor hazilah

Juga yang menjadi kekhuatiran ialah dakwaan bekas peguambela Zulkifli Nordin yang mewakili Inspektor Azilah (salah satu pihak tertuduh) bahawa beliau mendapat tekanan dari "campurtangan pihak ketiga" untuk menarik diri. Ini tuduhan yang teramat serius dan mestilah disiasat secara serius dan segera oleh Peguam Negara.

4. Pihak pendakwaraya dan peguambela seolah-olah berkerjasama!

Penyiasat persendirian Razak Baginda, P Balasubramaniam pernah membuat akuan bersumpah yang menyatakan Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak pernah menjalinkan hubungan dengan Altantuya dan beliau juga meminta Razak Baginda supaya ‘menjaga’ Altantuya untuk mengelakkan perkara ini diketahui umum memandangkan beliau merupakan timbalan perdana menteri. Sehubungan dengan itu, peguam pemerhati yang mewakili pihak kedutaan Monggolia, Karpal Singh mengemukakan cadangan supaya memanggil YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menjadi saksi perbicaraan. Namun, apa yang menjadi luar biasanya adalah pihak pendakwaraya dan juga pihak pembelaan membantah dengan sekeras-kerasnya cadangan tersebut seolah-olah mereka ‘berkerjasama’ untuk melindungi individu-individu tertentu yang berprofil tinggi ke dalam kes ini. Kerjasama sebegini di antara pihak pendakwaan dan pembelaan amat jarang berlaku di mana-mana mahkamah di dunia sekalipun. Hal ini menguatkan lagi persepsi di kalangan masyarakat bahawa terdapat ‘individu yang amat berpengaruh’ di belakang tabir kes pembunuhan ini. Selain itu, ia juga turut mencemarkan imej sistem kehakiman negara di mata dunia.

5. Full cover

Namun pernahkah kita bertanya? setelah beberapa bulan perbicaraan satu gambar kecilpun dua bekas pengawal Najib ini iaitu Azilah dan Sirul tidak pernah disiarkan media, samada Akhbar media cetak dan semua saluran Tv di Malaysia. Nampaknya dua pengawal Najib ini mendapat keistimewaan dari sistem kehakiman dan pentadbiran negara. Mungkin kerana jasa mereka kepada Rosmahh..Opss Najib.

6. Pihak pendakwaraya enggan membuat rayuan di mahkamah rayuan

Keputusan tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan Razak Baginda adalah satu kebodohan di tahap atau peringkat yang paling tinggi (stupidity of the highest order). Dari segi perundangan Pendakwa Raya mempunyai peluang untuk merayu sebanyak dua kali. Pertamanya merayu ke Mahkamah Rayuan dan sekiranya masih kalah di Mahkamah Rayuan ia boleh merayu ke Mahkamah Persekutuan. Mengapa Pendakwa Raya mensia-siakan kedua-dua peluang ini masih menjadi persoalan.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh pihak kerajaan melalui Peguam Negara, untuk tidak merayu tidak boleh diterima oleh rakyat. Kes pembunuhan Altantuya bukan kes pembunuhan biasa. Ia bukan sahaja melibatkan pembunuhan warga asing malahan cara simati dibunuh suatu yang amat mengerikan dan mengaibkan nama dan reputasi negara. Penggunaan bom C4 menunjukkan terdapat elemen penyembunyian ataupun pemusnahan keterangan.

Post by nua

No comments:

Post a Comment